fbpx

Rangka tanpa identiti ditemui dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rangka manusia ditemui di kawasan semak, tanah kosong di Jalan Kerayong, Kuala Lumpur, di sini semalam.

PETALING JAYA – Satu rangka manusia yang masih lengkap memakai baju berwarna merah ditemui di kawasan semak di sebuah tanah kosong di Jalan Kerayong, Kuala Lumpur di sini, semalam.

Rangka berkenaan ditemui seorang pengurus syarikat kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum meminta pengadu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis segera ke lokasi dan mendapati rangka tersebut terpisah antara badan dengan kepala dalam jarak kira-kira tiga kaki (0.9 meter).

“Butiran dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.

“Cuma kita mengesan mangsa memakai kemeja berwarna merah jenama Seven Saints,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pasukan Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) dan ahli patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut hadir di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Kita dapati tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi membantu siasatan dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Katanya, orang awam yang mempunyai rekod saudara mara atau ahli keluarga hilang diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 0322979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 032115 9999 atau hadir di mana-mana balai polis yang berdekatan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI