fbpx
AMYRA ROSLI

Muka kena minyak panas, Amyra risau Amar tak sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malang tidak berbau. Amyra Rosli baru-baru ini berkongsi foto memaparkan wajahnya yang melecur akibat terkena percikan minyak panas.

Berderau darah Diva bila fikirkan muka kena minyak panas. Aduh, pedih mesti rasa macam nak terbakar sampai keluar air mata.

Dalam foto tersebut, kelihatan beberapa kesan tompokan di wajahnya, namun Amyra tidak pula mendedahkan secara terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Kecantikan tidak mungkin kekal selamanya. Lihatlah diriku melecur terkena minyak panas tapi saya baik-baik sahaja.

“Tidak perlu risau ya dan terima kasih kepada yang cadangkan macam-manam jenis ubat untuk disapu,” tulisnya dalam InstaStory baru-baru ini.

Dalam tulisannya itu juga, dia sempat berseloroh dengan bertanyakan sama ada suaminya, Amar Baharin akan tetap menyayanginya dalam keadaan wajahnya yang melecur sebegitu rupa.

“Amar sayang lagi tak kalau wajah macam ini?,” soalnya.

Diva tengok, kesan lecur Amyra tidaklah terlalu teruk. Boleh ditutup dengan solekan. Harap sembuh cepatlah ya.

DIVA: Menyampah dengan janji si pelakon berdarah kacukan. Sampai sekarang janji tinggal janji. Kalau padi katakan padi boleh tak?

BERITA BERKAITAN