fbpx

Lelaki ‘transporter’ pelacuran dicekup, mangsa seks dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis berjaya menumpaskan sindiket pelacuran dalam talian melalui aplikasi Locanto dengan tertangkapnya seorang lelaki yang bertindak sebagai ‘transporter’ di hadapan sebuah hotel bertaraf empat bintang di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam itu, seorang wanita warga asing berusia 27 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks turut berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, polis telah menerima maklumat berkenaan kewujudan perkhidmatan seks atas talian menggunakan aplikasi Locanto di daerah ini.

“Selepas membuat intipan dan risikan, kita memberkas seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang berperanan sebagai ‘transporter’ yang mana bertanggungjawab mengurus dan menghantar wanita-wanita yang dijadikan pelacur untuk bertemu pelanggan.

“Pengakuan awal mendapati suspek mengaku bekerja dengan seorang lelaki yang dikenali Kenny sejak dua bulan lalu dengan bayaran gaji RM1,600 sebulan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, soal siasat ke atas mangsa pula, dia mengaku bekerja sebagai pelacur sejak tiga minggu lalu dengan menawarkan bayaran RM320 untuk setiap perkhidmatan.

“Mangsa mengaku telah dihantar oleh suspek untuk melayan pelanggan di hotel-hotel yang mana tempahan hanya dilakukan melalui telefon manakala wang hasil perkhidmatan tersebut perlu diserahkan kepada suspek,” ujarnya.

Ujar beliau lagi, beberapa barangan yang digunakan dalam aktiviti itu turut dirampas antaranya tiga telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai dan sebuah kereta jenis Nissan Latio.

Katanya, suspek akan ditahan reman selama tujuh hari manakala mangsa pula ditempatkan di rumah perlindungan Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 21 Atipsom. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI