fbpx

Rentas negeri, daerah tanpa kebenaran paling ramai ditahan -Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran adalah kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang paling tinggi dikesan semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kesalahan itu mencatatkan 135 kes diikuti gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (128) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (72).

Katanya, tiga lagi kesalahan yang dikesan semalam adalah tidak memakai pelitup muka 67 kes, premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (17) dan lain-lain (42).

“Secara keseluruhan, seramai 461 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam dan daripada jumlah itu 430 orang telah dikenakan kompaun manakala 31 individu direman.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuat 70,682 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, dalam Ops Benteng semalam, seramai 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga orang tekong ditahan serta merampas lapan buah kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 119 buah bot dan kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI