fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal mangsa ditemui di tebing Sungai Muda, Tasek Gelugor hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Muda, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Mangsa, Md. Johari Mat Isa, 40, dilaporkan hilang selepas keluar memancing bersendirian kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, bapa mangsa melihat bot gentian kaca milik anaknya berada di tengah sungai kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Mangsa tidak menyahut ketika dipanggil selain motosikal serta barangan peribadi miliknya tidak berusik di tebing sungai.

“Bapanya tampil membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan anaknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Teknik pencarian dasar (surface searching) sedang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bertam untuk mengesan mangsa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI