fbpx

PM lancar inisiatif MyDIGITAL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

Inisiatif itu merupakan pelengkap kepada dasar pembangunan negara termasuk Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Menurut Perdana Menteri, MyDIGITAL menetapkan gabungan inisiatif dan sasaran merentasi tiga fasa pelaksanaan sehingga tahun 2030.

Antaranya ekonomi digital dijangka menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang tahun 2025.

Sasaran seterusnya adalah membuka 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital dan mengalakkan 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menggunakan e-dagang.

Selain itu, inisiatif MyDIGITAL dijangka memangkinkan 5,000 syarikat peringkat permulaan dalam masa lima tahun akan datang.

Inisiatif itu juga akan menjadi titik tolak untuk menarik pelaburan baru dalam sektor digital sebanyak RM70 bilion dari dalam dan luar negara.

Kerajaan seterusnya menyasarkan tahap produktiviti sektor ekonomi akan meningkat 30 peratus lebih tinggi menjelang tahun 2030 menerusi inisiatif itu.

Bagi sektor awam pula, semua agensi akan menyediakan kemudahan transaksi tanpa tunai sebagai pilihan utama menjelang tahun 2022. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI