fbpx

PKPD di Bandar Muadzam Shah ditamatkan lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang ditamatkan lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan sebelum ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan berkenaan yang bermula pada 9 Februari lalu akan ditamatkan esok iaitu tiga hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya pada Selasa depan.

Beliau berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 886 saringan dan daripada jumlah itu, 36 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Walau bagaimanapun, KKM mengesahkan jangkitan di lokaliti ini adalah terkawal dengan kes positif terakhir direkodkan pada 4 Februari 2021 yang lalu dan tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan itu pada esok iaitu lebih awal dari tarikh asal yang dijadualkan pada 22 Februari (Selasa depan),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 12,763 warga asing telah menjalani ujian saringan semalam dan daripada jumlah itu, 27 orang didapati positif Covid-19.

Menurutnya, secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 412,925 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 19,721 majikan.

“Daripada jumlah ini, seramai 7,580 orang telah disahkan positif Covid-19 manakala 405,345 lagi adalah negatif,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI