fbpx

Polis buru individu menyamar guna nama, gambar pemimpin Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sundra

MELAKA – Polis sedang giat mengesan individu yang terlibat dalam kes penyamaran sebagai pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, menerusi nombor telefon yang digunakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, setakat ini dua nombor telefon yang disiasat berkait dengan penyamaran sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.

“Setakat ini, kita sudah menerima empat aduan membabitkan dua nombor telefon iaitu 011-18989012 dan 010-7767161.

“Kedua-dua nombor ini cuba memperdaya orang ramai menggunakan nama Datuk Zainal Abu dan Datuk Shadan Othman serta dua ahli majlis pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya percaya nombor tersebut baharu sahaja digunakan untuk jenayah penipuan scammer kerana semakan tidak menjumpai sebarang rekod berkaitan kegiatan memperdaya.

“Bagaimanapun kita masih meneruskan siasatan untuk menjejaki dalang disebalik penyamaran ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk menipu,” katanya.

Terdahulu, difahamkan scammer yang menyamar sebagai Shadan menerusi nombor telefon 010-7767161 turut bertindak menghubungi kenalan rapat pemimpin itu untuk meminjam wang berjumlah RM4,900. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI