fbpx

Perak FC suntuk masa dapat import kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE Paula adalah salah seorang daripada empat pemain import yang akan beraksi untuk Perak FC bagi saingan Liga M musim ini.

PERAK FC hanya menggunakan empat pemain import sedia ada berikutan kesuntukan masa bagi mendapatkan pemain import kelima untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021 bermula 5 Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, ini kerana tarikh pendaftaran pemain sudah terlalu hampir iaitu 19 Februari ini.

“Tidak sempat sudah untuk mendapatkan pemain import. Jadi, kita akan tangguhkan dulu dan tunggu jendela perpindahan kedua dibuka nanti .

“Apa-apa pun, masih ada kekosongan dalam pasukan Perak dan kita sudah mengenal pasti beberapa pemain tempatan baharu, namun pengambilan bukan dibuat secara tangkap muat sahaja,” katanya.

Sebelum ini, seorang pemain dari Timur Tengah berada dalam radar Perak, namun tidak menjadi kenyataan berikutan keadaan kelam kabut melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) baru-baru ini.

Pengurusan pasukan bagaimanapun menyerahkan tugas mendapatkan pemain import kelima kepada ketua jurulatih Mehmed Durakovic.

Berikutan itu, Perak FC menyandarkan cabaran kepada trio Brazil, Leandro Dos Santos, Guilherme de Paula dan Raianderson Da Costa Morais atau Careca serta pemain Singapura, Shakir Hamzah.

Bagaimanapun Mehmed tidak lagi dapat menggunakan khidmat penyerang sensasi Perak FC Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi yang memilih haluan ke Selangor pada musim ini.

Turut tiada dalam pasukan musim ini ialah Hafiz Ramdan, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Beto), K. Sathiya serta Khairul Amri Salehuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI