fbpx

Kerajaan tidak akan ubah status kawalan kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Kerajaan tidak akan mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan dadah berkaitan seperti yang tertakluk di bawah penguatkuasaan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan membuat ketetapan itu kerana kanabis dan semua bahan dadah berkaitan banyak memberi kemudaratan kepada masyarakat.

“Isu penyalahgunaan dadah merupakan isu global yang kompleks dan sukar dibendung sepenuhnya berikutan perubahan trend dan kemunculan jenis dadah baharu di pasaran global,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan telah menyasarkan ‘Dadah Terkawal 2025’ sebagai perancangan jangka masa lima tahun akan datang seiring dengan matlamat Dasar Dadah Negara.

Menurut beliau, antara objektif utama Dadah Terkawal 2025 untuk membersihkan 155 buah Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di seluruh negara daripada penyalahgunaan dadah.

Kata beliau, objektif lain meluaskan liputan rawatan untuk meningkatkan kadar pemulihan dan memperkasa penglibatan komuniti serta NGO dalam menangani isu berkenaan dengan dadah.

“Kerajaan komited untuk terus membasmi masalah dadah supaya ia terkawal dan dapat dibendung secara terancang.

“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang membangunkan Indeks Antidadah sebagai sebuah kaedah mengukur keberkesanan penguatkuasaan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI