fbpx

Pengasas produk cium mulut kena tahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar aksi pengasas produk yang mencium bibir budak lelaki yang tular.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga pengasas produk kecantikan yang didakwa mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki diberkas kelmarin bagi membantu siasatan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya membuka kertas siasatan selepas menerima satu laporan yang dibuat oleh orang awam.

“Kita telah merakam percakapan pengasas produk kecantikan yang berusia awal 30-an dan kanak-kanak lelaki terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14  Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 berkaitan kesalahan amang seksual fizikal,” katanya ketika dihubungi kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, setakat ini, pengasas produk kecantikan itu masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak jantina sama yang didakwa sebagai adik angkat tular dalam media sosial.

Hasil carian di media sosial, terdapat beberapa lagi video memaparkan perilaku tidak sopan ahli perniagaan tersebut yang dimuat naik menerusi TikTok miliknya namun telah dinyahaktifkan.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa jelik terhadap tindakan lelaki berkenaan.

Walaupun tindakan itu dianggap sebagai cara meluahkan kasih sayang oleh ahli perniagaan tersebut namun perbuatan itu adalah sebahagian daripada gangguan seksual kerana menyentuh bahagian tubuh yang peribadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI