fbpx

PDRM dan ATM akan kawal pusat simpanan vaksin dan pergerakan konvoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditugaskan bagi mengawal pusat-pusat simpanan vaksin Covid-19 di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, pasukan keselamatan itu juga akan membantu mengawal pergerakan konvoi ketika vaksin tersebut diedarkan ke seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tujuan kawalan dan pergerakan vaksin itu.

“Kita akan meletakkan polis bagi menjaga keselamatan vaksin Covid-19 di pusat simpanan vaksin di seluruh negara. Langkah ini penting kerana vaksin ini sekarang sudah menjadi sangat bernilai.

“Saya percaya polis dan ATM akan membantu bukan hanya di pusat simpanan vaksin tetapi juga dalam kita menghantar konvoi-konvoi membawa bekalan vaksin ke seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI