fbpx

Henti segera kerja sedut pasir di Pasir Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Fadhli Shaari (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Nor Ain Ramli yang merupakan salah seorang mangsa runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Kerja-kerja mengorek pasir di kawasan tebing Sungai Kelantan di bandar Pasir Mas perlu ditangguhkan buat sementara waktu susulan kejadian tebing runtuh yang berlaku di Kampung Pohon Chelagi di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah segera itu perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya runtuhan yang lebih besar dalam tempoh terdekat.

“Jadi, saya mahu kerja-kerja mengorek pasir dihentikan segera sehingga pihak berwajib menyediakan laporan lengkap berhubung punca sebenar kejadian itu.

“Saya juga telah panjang masalah ini kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas turun padang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa yang terlibat dengan runtuhan tebing itu.

Terdahulu, Ahmad Fadhi turut meninjau perkembangan terkini runtuhan tebing Sungai Kelantan itu.

Ahmad Fadhi memberitahu, beliau berharap kerajaan pusat dapat mengumumkan peruntukkan segera untuk langkah–langkah awal mengatasi masalah tersebut.

Katanya, rakyat Pasir Mas amat menantikan khabar gembira untuk masalah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Fadli berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, hanya empat keluarga sahaja yang benar-benar terkesan dengan kejadian itu.

Katanya, bagaimanapun 43 keluarga yang tinggal berhampiran dengan lokasi itu telah diarahkan untuk berpindah ke lokasi selamat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI