fbpx

Sindiket seludup rokok kedai runcit tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek bersama rokok seludup yang dirampas PGA Batalion 4.

SABAK BERNAM – Satu sindiket penyeludupan rokok ke kedai-kedai runcit di seluruh Sekinchan di sini tumpas dengan penahanan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini bermula semalam.

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 26 tahun diberkas pukul 5 petang di Lorong 7, Bagan Sekinchan.

Turut dirampas 2,035 karton rokok bernilai RM381,376 termasuk cukai daripada kereta jenis Nissan Sentra dinaiki mereka dan dua buah premis dipercayai stor penyimpanan rokok berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Rizal Mohamed berkata, pihaknya pada mulanya mengesan dua suspek berkenaan yang menaiki kereta itu dalam perjalanan menghantar rokok di tiga lokasi di Sekinchan.

Katanya, hasil pemeriksaan kemudiannya menemukan 75 karton rokok seludup yang disembunyikan di dalam kereta tersebut.

“Soal siasat terhadap mereka membawa kepada dua serbuan di premis di Taman Perindustrian dan Jalan Orkid Taman Sekinchan Jaya, Sekinchan pukul 12.05 tengah malam tadi dengan menemui 1960 karton rokok.

“Turut dirampas kereta dinaiki suspek, tiga buah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM10,306. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM412, 682,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati sindiket itu telah aktif sejak dua tahun lalu dengan wanita tersebut merupakan pekerja kepada suspek warga tempatan.

Tambah Rizal, rokok-rokok seludup itu diedarkan untuk pasaran kedai runcit seluruh kawasan Sekinchan.

“Suspek dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI