fbpx

Analisis ujian saringan masih ikut WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Analisis ujian saringan RTK-Antigen dan RT-PCR yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) masih dalam tanda aras yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tanda aras tersebut menetapkan 10 hingga 30 kes negatif bagi setiap satu kes positif.

“Kita lihat ujian RTK-Antigen masih meningkat iaitu hampir 25,000 ujian dijalankan. Justeru, purata ujian bagi RTK-Antigen dan RT-PCR hampir mencecah 41,000 ujian.

“Jadi, kita mencecah iaitu 20 kes negatif untuk setiap kes positif,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan kes harian semakin menurut berikutan ujian saringan berkurangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan RTK-Antigen ketika ini digunakan di dalam saringan manakala, ujian RT-PCR dijalankan di hospital untuk diagnostik dengan analisis ujian di 23 makmal swasta dan 13 makmal universiti.

Bagaimanapun, katanya, pada musim perayaan ini juga berkemungkinan kemudahan tidak mempunyai sumber manusia mencukupi untuk menjalankan analisis Covid-19 selain kurang individu menjalani ujian.

Selain itu, beliau berkata, ada antara makmal swasta tidak melaporkan keputusan negatif dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI