fbpx

115 ditahan babit 18 serbuan Ops Limau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani Ghazali

KOTA KINABALU – Seramai 115 individu ditahan dalam 18 serbuan berasingan sepanjang dua minggu operasi Ops Limau dijalankan di seluruh negeri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi berkenaan dijalankan sempena tahun baharu cina tahun ini dan berakhir kelmarin.

“Operasi dilaksanakan sejak 1 Februari lalu bagi menumpukan aktiviti perjudian ketika perayaan ini di seluruh Sabah selain memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Sebanyak 12 serbuan adalah membabitkan aktiviti perjudian termasuklah judi jenis paikaw, mahjong dan daun terup.

“Lima lagi serbuan ialah aktiviti sabung ayam sekaligus menjadikan tangkapan keseluruhannya seramai 115 individu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Hazani memaklumkan hasil kejayaan serbuan terbabit, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM118,942 yang digunakan dalam aktiviti perjudian.

“Semua individu yang ditahan turut dikenakan kompaun kerana melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Polis akan terus meningkatkan risikan dan pengumpulan maklumat kes jenayah sama ada membabitkan kes perjudian, pusat hiburan atau perlanggaran SOP yang sedang dikuatkuasakan,” katanya.

Sementara itu, Hazani berkata, bagi operasi pemantauan pematuhan SOP yang dijalankan bermula 11 hingga 14 Februari pula, pihaknya sudah mengeluarkan sebanyak 116 kompaun.

Menurutnya, polis sedia maklum banyak aktiviti sudah dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun pihaknya akan memastikan SOP ditetapkan terus dipatuhi.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI