fbpx

Wanita pandu lawan arus sebabkan nahas empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat kenderaan terlibat kemalangan di susur ke Jalan Perusahaan Perai di Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Tindakan seorang wanita memandu kereta secara melawan arus mengundang padah apabila telah menyebabkan nahas jalan raya membabitkan empat kenderaan di susur Lebuh Raya Utara-Selatan ke Jalan Perusahaan Perai, Perai di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan kematian dan hanya kecederaan yang dialami mangsa.

Kejadian itu membabitkan kereta jenis Honda Civic dan Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora serta motosikal jenis Yamaha Y15.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pekerja swasta berusia 31 tahun yang memandu Honda Civic dikatakan telah memandu melawan arus dipercayai untuk masuk ke lebuh raya.

“Ketika di tempat kejadian, kereta itu telah berlanggar dengan Perodua Myvi dan Proton Exora serta sebuah motosikal.

“Bagaimanapun mangsa yang terlibat hanya cedera dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk terima rawatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, penunggang lelaki berusia 31 tahun cedera pada kaki, manakala pemandu lain iaitu lelaki berusia 26 dan 29 tahun masing-masing mengadu sakit dada dan tiada kecederaan serius.

“Wanita yang memandu melawan arus itu cedera pada kaki dan masih dirawat di hospital,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI