fbpx
Netball Super League
Lapan pasukan yang akan menyertai saingan NSL 2021 tidak lama lagi.

Lapan pasukan berentap di NSL 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DEBARAN saingan Netball Super League (NSL) 2021 kian memuncak selepas lapan pasukan sah mengambil bahagian meĀ­rebut kejuaraan edisi pertama yang akan dianjurkan di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Tumpuan pastinya terarah kepada dua pilihan utama, Kuala Lumpur (KL) Wildcats dan Johor Royals sekali gus menghangatkan perseteruan antara kedua-dua pasukan yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Sukar untuk memilih pemenang antara kedua-dua pasukan berdasarkan kelebihan masing-masing selain memiliki tenaga bintang-bintang skuad kebangsaan seperti kapten Malaysia, Nur Syafazliana Mohd. Ali dan Noramirah Dayana Noor Azhar bersama KL Wildcats.

Bagaimanapun, Johor Royals mampu merosakkan ā€˜pesta’ KL Wildcats mempertahankan status gergasi tanah air kerana turut memiliki tiga pemain bertaraf kebangsaan seperti Nur Fariha Abdul Razak, Pow Mei Foong dan Noor Azilah Aziz serta bakat-bakat muda baharu.

ā€œJohor dan KL seperti musuh sebab selalu bertemu di pentas final, boleh diibaratkan macam Malaysia jumpa Singapura (Sukan SEA),ā€ kata Mei Foong yang sudah menyarung jersi skuad kebangsaan sejak 2009.

Netball Super League
MEI FOONG menjadi tonggak penting Johor Royals pada saingan NSL 2021.

Bagaimanapun, kemampuan paĀ­sukan-pasukan lain juga tidak boleh dipandang rendah antaraĀ­nya Selangor Angels yang memiliki duo serangan Malaysia iaitu An Najwa Azizan dan Karishma S. Loganathan serta Hasrin Nur Firra Syuhada di bahagian pertahanan.

Walaupun Pahang Tulips tidak dapat menurunkan pemain terbaiknya, Norashikin Kamal Zaman yang kini sarat menganĀ­dung anak pertama, namun wakil tunggal Pantai Timur itu masih mempunyai beberapa nama untuk menggalas cabaran mereka.

Situasi sama juga dihadapi Kedah Sunshine yang terpaksa akur mungkin mengharungi saingan NSL 2021 tanpa penglibatan bekas bintang pasukan kebangsaan, Izyan Syazana Mohd. Wazir yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua.

Baki tiga lagi pasukan bertanĀ­ding melengkapkan lapan peĀ­nyertaan pada penganjuran sulung kali ini ialah Negeri Sembilan Venom, Perak Phoenix dan Melaka Mystic.

Sebagai rekod, saingan NSL 2021 sepatutnya berlangsung dari 22 Januari sehingga semalam, namun terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN