fbpx

877 ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 877 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah tersebut, seramai 806 telah dikenakan kompaun manakala 71 direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang direkodkan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal sebanyak 253 tangkapan dan rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (177).

“Selain itu aktiviti pusat hiburan (101), tidak memakai pelitup muka (98), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82) dan lain-lain kesalahan (166).

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu telah membuat 57,918 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambah Ismail Sabri, sebanyak 2,910 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 14,071 anggota telah membuat pemantauan di 4,212 pasar raya, 5,630 restoran serta 2,385 penjaja, 1,570 kilang, 3,650 bank dan 664 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 1,017 terminal pengangkutan darat, 268 terminal pengangkutan air serta 76 terminal pengangkutan udara,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI