fbpx

Agong berkenan kurnia rumah kepada mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baginda meninjau sendiri tapak pembinaan rumah baharu tersebut masing-masing di Kampung Sungai Gangchong, Acheh dan Kampung Tanjung Pulai.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan bantuan bagi membina rumah baharu kepada mereka yang terjejas di Pekan, Pahang.

Satu status di Facebook Istana Negara hari ini menyaksikan baginda sendiri turut berangkat turun padang bagi meninjau sendiri tapak pembinaan rumah baharu tersebut masing-masing di Kampung Sungai Gangchong, Acheh dan Kampung Tanjung Pulai, hari ini.

Seri Paduka turut diiringi empat anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Sejurus tiba di Kampung Tanjung Pulai, kira-kira pukul 4 petang, baginda diberi taklimat ringkas oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Hafizah Zakaria yang memaklumkan kerja-kerja pembinaan rumah setingkat itu akan bermula pada minggu depan.

Menurut Hafizah, pembinaan rumah yang mempunyai tiga bilik selain dilengkapi ruang makan dan tandas itu akan mengambil masa sekitar tiga hingga empat bulan yang dibina di atas tanah milik mangsa banjir sendiri. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI