fbpx

Pengedar dadah miliki ketamin bernilai RM167,805 dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy (tengah) memeriksa bungkusan ketamin yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di Kepala Batas di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pengedar dadah ditahan polis selepas dipercayai memiliki 116 paket dadah jenis ketamin seberat 3.051 kilogram bernilai RM167,805 di kediamannya di Mak Mandin, Butterworth di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, suspek yang berusia 23 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau namun ujian air kencing didapati positif.

“Selain itu, dua buah kereta jenis Kia Sportage dan Perodua Myvi milik suspek turut disita termasuk wang tunai berjumlah RM3,000 menjadikan nilai sitaan keseluruhan bernilai RM62,000,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD SPU, Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau berkata suspek direman selama seminggu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen (15)(1)(a) akta sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI