fbpx

MFL sahkan sepak mula Liga M kekal 5 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI mendedahkan MFL enggan mengambil risiko yang akan memberikan kesan kepada penajaan jika kalendar Liga M bermula lebih lambat.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan sepak mula Liga Malaysia (Liga M) kekal 5 Mac depan susulan pengumuman kebenaran program latihan berpusat oleh Majlis keselamatan Negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan latihan berpusat kepada tiga liga utama iaitu Liga M, Sepak Takraw League serta Liga Hoki Malaysia (MHL) bermula 15 Februari ini.

Meskipun diberi kelonggaran, namun setiap atlet dan pemain wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah digariskan dalam model gelembung sukan.

“Perkhabaran ini bukan sahaja melegakan industri sukan tanah air, malah turut dikongsi bersama penyokong-penyokong yang sentiasa menantikan sepak mula liga bola sepak tempatan.

“Susulan pengumuman oleh pihak kerajaan, Liga M musim baharu akan membuka tirainya 5 Mac depan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi semalam.

Pada masa sama, Ab. Ghani juga berharap setiap pasukan mematuhi SOP yang sudah ditetapkan bagi membendung penularan pandemik Covid-19 dalam kala­ngan pemain atau pegawai pasukan.

“Kini tanggungjawab pemain, pegawai dan pasukan untuk mematuhi SOP termasuk kuarantin di rumah demi keselamatan diri, keluarga serta orang di sekeli­ling.

“Kita tidak mahu dengar sebarang isu mengenai mana-mana pemain atau pegawai yang tidak mematuhi SOP sehingga menyebabkan jangkitan Covid-19,” ujarnya.

Liga M dijadualkan membuka tirainya 5 Mac depan dengan Kedah Darul Aman FC bakal membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim pada perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI