fbpx

Menteri Tugas-Tugas Khas tinjau pusat beli-belah Pavilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Redzuan (dua dari kiri) ketika meninjau Pavilion hari ini.

PETALING JAYA- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof hadir membuat tinjauan ke pusat beli-belah Pavilion di ibu kota hari ini.

Beliau membuat tinjauan dan bertanya khabar kepada pekerja di sekitar kedai makan dan butik untuk mendapatkan perkembangan setelah pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi serta pembukaan beberapa sektor perniagaan peruncitan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berkuatkuasa semalam.

“Beliau turut mengulas lanjut kebenaran meneruskan perniagaan yang dikeluarkan oleh MKN akan sentiasa diteliti dari semasa ke sama demi membantu meningkatkan ekonomi negara terutama ketika pandemik Covid-19.

“Hal ini juga amat penting bagi menjaga kebajikan rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian hari ini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan Wahab.

Mohd. Redzuan turut mengambil peluang menyaksikan tayangan Golden Bull 3D yang menjadi simbolik pencegahan Covid-19 di pintu masuk utama Pavilion. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI