fbpx

Masuk peti mayat, anugerah terbaik Abil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

PETALING JAYA – Mengisi masa terluang akibat Perintah Kawalan Pergerakan, pelakon Nabila ada tersendiri. Selain meluangkan masa dengan keluarga, Nabila menggunakan waktu untuk mengimbas kembali pengalaman menarik sepanjang  bergelar pelakon sejak berusia 16 tahun

Paling bermakna dalam hidupnya, Abil berkongsi pengalaman menjalani penggambaran telefilem Balqis yang ditayangkan pada 2014.

Menerusi hantaran dalam Instagram, pelakon itu memuat naik sebuah video memaparkan sedutan telefilem tersebut yang turut dibintangi pelakon cilik popular Puteri Balqis dan aktor Pekin Ibrahim.

Ujar Nabila, itu merupakan kali pertama dia bertemu seorang pelakon kanak-kanak yang sangat berbakat.

NABILA bersama Puteri Balqis dalam sebuah adegan drama televisyen.

“Di sini bermulanya perasaan kasih dan sayang saya pada Aqish (panggilan Puteri Balqis). Pertama kali jumpa pelakon kanak-kanak yang sangat berbakat dan saya sangat sayangkan dia!

“Pertama kali jumpa, kami mudah serasi bersama. Saya sayangkan dia. Aunty Abil sangat rindukan awak. Harap awak berada dalam keadaan baik,” tulisnya.

Menceritakan pengalaman berlakon dalam naskhah arahan pengarah terkenal Erma Fatima berkenaan, Nabila menyifatkannya sebagai momen yang cukup berharga.

“Watak yang tidak memerlukan secalit solekan, tak perlu tatarias rambut, sarung baju ‘bundle’ saja. Bangun tidur, mandi, pergi set dan terus berlakon.

“Semua dialog, mama (Erma) akan bagi pagi itu tidak kira babak berat ataupun tidak. Pelakon kena datang dalam keadaan bersedia dan buat rujukan ikut treatment saja. Kami hanya boleh bayangkan jalan cerita. Kalau dialog tiga muka surat, kau jawab!” katanya lagi.

Menyambung cerita, pelakon berusia 37 tahun itu juga mendedahkan pengalaman menjayakan babak di sebuah bilik mayat.

“Ya, itu memang bilik mayat betul dan ada mayat di kiri kanan! Saya tarik nafas guna mulut sebab bau kuat. Masa nak masuk dalam peti itu, rasa berdebar macam nak lari laju-laju keluar dari hospital! Sebelum itu ada latihan awal, duduklah diam-diam di dalam peti itu.

“Siap bawa telefon konon-konon kalau terperangkap, boleh telefon tetapi malangnya tiada akses dalam peti itu ya.

“Bayangkan dalam keadaan takut nak masuk peti, tak boleh bernafas guna hidung, ditambah pula sejuk di dalamnya. Bila buka kain, kena tahan nafas pula sebab dah mati kan. Eh, rumitnya kehidupan! Susahnya nak jelaskan,” selorohnya.

Tambah Nabila, itu merupakan kali pertama dia menjayakan babak masuk ke dalam peti mayat sepanjang bergelar pelakon.

Katanya, impian dan doanya untuk berlakon dalam naskhah berat arahan Erma akhirnya tercapai menerusi telefilem Balqis.

“Mama Erma cakap, awak ada babak masuk peti mayat. Tak semua pelakon berani nak buat. Awak kena buktikan kalau nak jadi pelakon yang bagus. Mengenali diri awak, saya tahu awak boleh!

“Ini adalah salah satu watak terbaik yang berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin. Ini adalah anugerah ‘terbaik’ saya yang pertama,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI