fbpx

Buruh Myanmar rasuah polis jel, denda RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERUTUDUH, Zainal Hussein Shuna Ali (baju kuning), dijatuhi hukuman denda RM15,000 dan penjara 42 bulan selepas mengaku bersalah menawarkan suapan kepada anggota polis IPD Kuantan, Ogos tahun lalu.

Oleh NIK SUKRY RAMLY

KUANTAN – Seorang buruh warga Myanmar didenda RM15,000 dan penjara 42 bulan selepas didapati bersalah memberi suapan sebanyak RM3,000 kepada anggota polis pada 19 Ogos tahun lalu.

Hakim Datuk Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman selepas tertuduh Zainal Hussein Shuna Ali,26, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada Sarjan Mohd Shahrul Ashraf Shakri di bilik pintu 3, tingkat 2 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada jam 12 tengah hari, 19 Ogos 2020.

Suapan itu sebagai dorongan bagi melepaskan isteri tertuduh yang ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kamariah Seman manakala tertuduh diwakili peguam, Mohammed Badrulzzaman Abu Bakar.

Tertuduh sebelum ini tidak mengaku salah ketika kali pertama dihadapkan ke mahkamah tahun lalu.

Hakim turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda ditetapkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI