fbpx

Bournemouth bergaya singkirkan Burnley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODGATE

BURNLEY – Burnley terpaksa menanggung kekalahan apabila tewas 0-2 kepada Bournemouth yang merupakan pasukan Liga Kejuaraan sekali gus tersingkir daripada saingan Piala FA di Turf Moore awal pagi semalam.

Jaringan Sam Surridge pada minit ke-21 dan Junior ­Stanislas yang menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan berjaya membawa Bournemouth mara ke pusingan suku akhir saingan itu.

Pengurus Burnley, Sean Dyche menurunkan barisan ­kedua pasukannya dengan melakukan lapan pertukaran selepas mereka terikat 1-1 menentang Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu.

Percaturan Dyche untuk memberikan ruang rehat untuk para pemain utamanya memakan diri apabila mereka dilihat bergelut apabila Bournemouth mempamerkan aksi terbaik dan memberikan mereka ­banyak masalah.

Kejayaan Bournemouth itu menyaksikan mereka melakar sejarah apabila layak ke suku akhir buat kali pertama sejak musim 1956/57 dan memberikan suntikan moral buat pengurus sementara mereka, Jonathan Woodgate selepas Jason Tindall dipecat sebelum ini.

“Kami memang perlukan kemenangan dan pemain berjaya melakukannya. Saya fikir setiap pemain telah memberikan aksi terbaik. Ini adalah kali kedua dalam sejarah kami mara ke suku akhir.

“Ini adalah perlawanan pertama saya mengendalikan pasukan ini. Jika saya diberikan peluang pada aksi menentang Nottingham Forest selepas ini, saya akan memberikan aksi terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI