fbpx

PKPD dilaksana di Kampung Teluk, Setiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 sehingga 24 Februari 2021.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaporkan peningkatan kes Covid-19 di Kampung Teluk, Setiawan, Perak.

“Sehingga 9 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 43 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 sehingga 24 Februari nanti,” jelasnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 400 orang penduduk dan untuk mengawal jangkitan dalam komuniti. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI