fbpx

Wawrinka buru gelaran kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWRINKA berjaya melepasi pusingan pertama Terbuka Australia selepas menewaskan Sousa secara straight-set pada aksi semalam. – AFP

MELBOURNE – Bekas pemain ranking No.3 dunia, Stan Wawrinka yang memasang impian untuk meraih gelaran kedua di Terbuka Australia melangkah ke pusingan kedua selepas menumbangkan Pedro Sousa 6-3, 6-2, 6-4.

Wawrinka meraih gelaran Grand Slam Terbuka Australia pada tahun 2014 selepas melakukan kejutan dengan menewaskan Rafael Nadal pada aksi final 6-3, 6-2, 3-6, 6-3.

Bintang Switzerland tersebut bertekad untuk melangkah ke final selepas musim lalu dia terkandas di peringkat suku akhir apabila tewas di tangan Novak Djokovic.

“Saya rasa ia merupakan permulaan terbaik selepas meraih kemenangan pertama pada aksi pembukaan ini. Bagaimanapun, tiada istilah mudah dalam perlawanan Grand Slam.

“Sudah tiga minggu kami di sini untuk melakukan persiapan. Saya gembira kerana telah me­lakukan sebaik yang mungkin. Saya tampil dengan corak permainan yang agresif dan gembira dapat menempah ke pusingan kedua,” katanya.

Pemain ranking No.3 dunia, Dominic Thiem bermula garang apabila melangkah ke pusingan kedua selepas mudah mengatasi pemain Kazakhstan, Mikhail Kukushkin 7-6, 6-2, 6-3.

“Saya gembira melepasi permainan ini, namun saya tidak boleh terlalu selesa kerana saingan pasti mencabar pada setiap pusingan. Saya perlu memperbaiki permainan saya dari semasa ke semasa untuk memastikan saya mampu pergi lebih jauh,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI