fbpx
Shafien (kiri) bertanyakan sesuatu kepada pemadu kereta pada sekatan jalan raya Pasir Pekan, Tumpat baru-baru ini.

SJR bukan tempat JPJ cari salah pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
WARTAWAN EKSEKUTIF, MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Kelantan bermula 16 Januari lalu iaitu tiga hari selepas tujuh negeri lain melaksanakannya terlebih dahulu.

Ia dilakukan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di Kelantan kerana kes positif harian mencecah angka 100 ketika pe­ringkat awal PKP dilaksanakan.

Apabila pengumuman Kelantan menjadi negeri seterusnya untuk pelaksanaan PKP, saya membuat tinjauan untuk melihat persiapan masyarakat Kelantan.

Saya melihat rata-rata penduduk di Kota Bharu menjalani kehidupan seperti biasa, malah kedai runcit, pasar raya dan gedung-gedung borong masih dalam keadaan tenang.
Keadaan ini jauh berbeza ketika pelaksanaan PKP 1.0.

Selepas itu, saya sempat berbual dengan Mat Yie yang merupakan peniaga char kuetiau di Telipot.

Ujarnya, keterbatasan untuk merentas daerah merupakan satu halangan besar sekiranya mahu mengambil stok jualan di daerah lain.

Kebanyakan stok jualan dibeli di daerah lain mengikut kategorinya seperti barangan basah dan barangan kering diambil dari Bachok dan Rantau Panjang.

Luahnya lagi, selain polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut ditempatkan di sekatan jalan raya (SJR)

“Ini menyebabkan kami gusar untuk merentas daerah meskipun ada surat kebenaran polis.

“Sekiranya tidak dikompaun, sudah pasti pengguna jalan raya akan disaman sekiranya mempunyai kesalahan trafik yang lain. Ini merupakan satu perangkap, buat pengguna jalan raya” luah­nya.

Dalam pada itu, polis Kelantan memberitahu, pihaknya me­nerima 52,000 permohonan untuk merentas negeri dan daerah selepas seminggu pelaksanaan PKP.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, permohonan akan diluluskan hanya atas urusan kerja.

Katanya, majoriti permohonan yang diterima terdiri daripada individu yang bekerja sendiri termasuk penghantar makanan.

“Kebenaran merentas negeri atau daerah dibenarkan jika ada surat majikan atau alasan yang munasabah.

“Oleh itu, saya mengingatkan orang ramai yang dibenarkan merentas negeri dan daerah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” kata­nya.

Menyentuh mengenai kebimbangan Mat Yie, Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, langkah JPJ menempatkan 120 anggota penguatkuasa­nya di 25 SJR bukan untuk menggusarkan rakyat.

Sebaliknya, JPJ lebih menumpukan kepada penguatkuasaan pematuhan SOP Covid-19.

“JPJ turut melaksanakan pemeriksaan ber­kaitan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

“Kami tetap akan menyaman mereka yang melakukan ke­salahan seperti lesen tamat tempoh, modifikasi kenderaan, tidak memakai tali pinggang keledar, teknikal dan sebagainya,” kata­nya.

Ujarnya, ia merupakan sasaran yang telah ditetapkan bagi Ops Covid-19 iaitu memastikan pematuhan masyarakat terhadap SOP yang ditetapkan.

Menurut Hanif Yusabra, strategi pelaksanaan operasi secara bersepadu itu wajar dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang meningkat di Kelantan akibat kurangnya kesedaran pematuhan SOP oleh masyarakat tempatan.-K! ONLINE

POPULAR