fbpx

[VIDEO] Polis nafi video tular kes langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar yang menunjukkan penunggang motosikal dilanggar sebuah kereta di Jalan Tun Terang, Kampung Manjoi, Ipoh Khamis lalu.

IPOH – Polis menafikan dakwaan orang ramai mengenai kemalangan lari melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Tun Terang, Kampung Manjoi di sini yang tular sejak Sabtu lalu.

Rakaman video berdurasi 21 saat daripada televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular itu menunjukkan sebuah kereta telah melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggangnya tercampak sebelum pemandu dilihat seakan-akan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan pihaknya bagaimanapun mendapati pemandu kereta jenis Hyundai Sonata yang merupakan seorang wanita berusia 31 tahun tidak melarikan diri selepas melanggar penunggang lelaki berusia 65 tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu wanita itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Pemandu pada mulanya meneruskan perjalanan namun dia kembali ke tempat kejadian. Dia kemudian terus ke balai polis untuk membuat laporan sebaik sahaja melihat orang ramai berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah A. Asmadi, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Polis telah merakam percakapan pemandu wanita tersebut dan punca kejadian adalah disebabkan hilang kawalan pemandu kereta sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI