fbpx

Mazepin guna bendera berkecuali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN CAS menyebabkan Mazepin terpaksa menggunakan bendera berkecuali dalam tempoh dua tahun berlumba di F1. – AFP

LONDON – Pelumba baharu pasukan Haas, Nikita Mazepin kemungkinan akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) menggunakan bendera berkecuali dan tidak mewakili Rusia dalam tempoh dua tahun berikutan keputusan anti­doping terhadap negara tersebut.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengumumkan pada Disember tahun lalu dengan memutuskan semua ahli sukan Rusia dilarang beraksi pada kejohanan dunia berikutan penglibatan kes doping atlet Rusia ketika temasya Sukan Olimpik 2014 di Sochi.

Bagaimanapun, CAS sebelum ini mengumumkan telah memendekkan hukuman empat tahun kepada dua tahun yang dikenakan secara sistematik oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Persekutuan Automobil Rusia menegaskan pihaknya te­lah menerima penjelasan dari Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) mengenai hukuman CAS yang memberi kesan kepada pelumba yang bersaing dalam siri kejuaraan dunia.

Bukan Mazepin sahaja terjejas malah atlet Rusia yang beraksi dalam saingan Formula E, Kejuaraan Rali Dunia (WRC), WEC, WRX dilarang menggunakan lambang, bendera, simbol kebangsaan termasuk perkataan Rusia.

Jika terdapat pelumba Rusia menjuarai perlumbaan tersebut tahun ini lagu kebangsaan negara terbabit juga tidak dibenar untuk dimainkan.

Penonton masih dibenarkan membawa bendera Rusia ke pertandingan rasmi FIA, sementara pegawai Rusia juga masih dibenarkan menghadiri acara sukan.

Perlumbaan F1 di Grand Prix Rusia tidak terganggu dengan keputusan CAS kerana saingan itu tidak dibatalkan selain terikat dengan klausa kontrak sehingga 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI