fbpx

Kapal tangki ditahan gagal kemuka dokumen pemakluman ketibaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki berdaftar di Basseterre ditahan selepas gagal melaporkan ketibaan ketika bersauh di perairan Tanjung Bulat, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki berdaftar di Basseterre ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pemakluman ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohamad Sulhan Zainon berkata, kapal berkenaan ditahan pada pukul 1.16 tengah hari ketika bersauh di perairan Johor Timur petang semalam.

“Kapal tangki tersebut ditahan berdasarkan laporan aktiviti tanpa pematuhan daripada Lembaga Pelabuhan Johor oleh kapal ronda Maritim Malaysia di kedudukan 2.5 batu nautika tenggara Tanjung Bulat.

“Kapal itu dikendalikan tujuh kru warga Indonesia termasuk nakhoda berusia antara 25 hingga 55 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sulhan berkata, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 449 iaitu gagal memaklumkan ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI