fbpx
SEORANG maut manakala enam lain cedera dalam nahas tiga kenderaan di di Kilometer 66.6 Lebuhraya Senai-Desaru.

Penumpang maut selepas tersepit dalam kemalangan libat tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi, Proton Exora dengan sebuah Mazda CX-30 di Kilometer 66.6 Lebuhraya Senai-Desaru hari ini.

Mangsa maut dikenali sebagai, Chua Bing Xuan, 26, merupakan penumpang belakang kereta Perodua Myvi yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, lelaki yang maut tersebut merupakan antara tujuh individu yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dan disahkan meninggal di hospital.

“Kemalangan membabitkan Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun bersama-sama empat penumpang dan Proton Exora dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun bersama-sama seorang penumpang.

“Sebuah lagi kereta Mazda CX-30 dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun. Dalam kemalangan itu, pemandu dan semua penumpang Perodua Myvi serta Proton Exora parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata, semua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, Hospital Pasir Gudang (HPG) Johor Bahru dan Hospital Kota Tinggi (HKT) bagaimanapun salah seorang daripada mereka dilaporkan maut di hospital.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41(1) dan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN