fbpx

Super Junior tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUPER JUNIOR

SELEPAS dua kali terpaksa menangguhkan pelancaran album, kumpulan Super Junior mengesahkan mereka akan mengotakan janji kepada peminat menjelang bulan depan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan agensi mereka, kumpulan itu memberitahu bahawa perancangan asal untuk mengeluarkan album tersebut sepatutnya berlaku pada 16 Februari, namun terpaksa ditangguh ke 16 Mac depan.

“Kepada semua peminat yang tertunggu-tunggu album ke-10 Super Junior, kami dengan rasa kesal ingin memohon maaf.

“Album baharu yang sepatutnya dilancarkan pada 16 Februari ini telah ditunda kepada tarikh baharu iaitu pada 16 Mac depan. Keadaan ini adalah perkara yang tidak dapat kami elakkan disebabkan masalah tertentu,” tulis agensi berkenaan.

Ini merupakan kali ketiga Super Junior terpaksa menukar tarikh pelancaran album terbaharu mereka berjudul, The Renaissance.

Terdahulu, album tersebut sepatutnya dilancarkan Disember tahun lalu, namun diubah pada saat-saat akhir.

Super Junior yang sudah bertapak dalam industri muzik K-pop sejak 16 tahun lalu cukup dikenali menerusi lagu hit seperti No Other, Bonomana dan Mr. Simple.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI