fbpx

Macron dakwa vaksin China berisiko cetus varian baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MACRON bersedia membuat kenyataan di Istana Presiden di Paris kelmarin. - AFP

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi amaran kelmarin mengenai kurangnya maklumat tentang vaksin koronavirus China dan menyatakan, vaksin tersebut mungkin mendorong kewujudan varian Covid-19 baharu sekiranya ia tidak efektif.

Bercakap kepada kumpulan pemikir Majlis Atlantik, Macron mengakui bahawa kejayaan ‘diplomatik awal’ China mengedarkan vaksinnya ke negara-negara lain adalah ‘sedikit memalukan bagi kita sebagai pemimpin (Barat)’.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa keberkesanan suntikan vaksin Sinopharma atau Sinovac itu tidak diketahui kerana ‘tiada sebarang maklumat’ dikongsi mengenai ujian klinikal pelalian tersebut.

“Maksudnya dalam jangka masa sederhana dan panjang, jika vaksin ini tidak sesuai, ia akan memudahkan munculnya varian baru Covid-19 dan sama sekali tidak akan mengubah situasi wabak di negara-negara yang menggunakan vaksin tersebut,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sehari selepas ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mendesak Rusia dan China supaya ‘menunjukkan semua data’ jika mahu vaksin mereka mendapat kelulusan Kesatuan Eropah.

Pada Jumaat lalu, Macron juga meragui vaksin yang dihasilkan kumpulan syarikat Britain-Sweden, AztraZeneca. Beliau berkata, vaksin tersebut tidak berkesan untuk golongan berusia lebih 65 tahun walaupun pengawal selia Eropah meluluskan AstraZeneca untuk semua peringkat usia dewasa.

Terdapat kekecewaan di Perancis selepas farmaseutikal tempatan, Sanofi dan pusat penyelidikan terkemuka, Institut Pasteur mengalami kegagalan dalam usaha menghasilkan vaksin Covid-19.

Hungary dan Serbia akan menggunakan vaksin buatan China, Sinopharm dengan turut menyumbang atau menjual vaksinnya kepada negara di seluruh dunia termasuk Pakistan, Turki, Emiriyah Arab Bersatu dan negara-negara Afrika Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI