fbpx

Kim Seol-hyun jadi duta kanser hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEOL-HYUN

ANGGOTA kumpulan AOA, Kim Seol-hyun baru-baru ini terpilih sebagai duta kehormat untuk Persatuan Kanser Hati Korea (KLCA) daripada negara republik tersebut.

Memetik laporan Soompi, penyanyi berusia 26 tahun itu dikatakan menerima surat lantikan sebagai duta kehormat KLCA pada 31 Januari bagi tempoh kontrak selama dua tahun.

Menerusi lantikan tersebut, Seol-hyun berperanan untuk mempromosikan pengetahuan dan kesedaran mengenai kanser hati kepada masyarakat khususnya rakyat Korea.

Menerusi catatan dalam Instagram, pelakon drama Awaken itu turut berkongsi berita gembira berkenaan termasuk menceritakan pengalaman neneknya yang turut menderita disebabkan barah hati.

“Beberapa tahun lalu, nenek yang membesarkan saya sejak kecil didiagnosis barah hati.

“Pertama kali mendengar berita tersebut, saya terkejut dan bingung. Hal ini kerana dia sama sekali tidak mengalami sebarang gejala. Syukurlah dia mendapat rawatan sejak awal dan kini disahkan bebas kanser tersebut lima tahun lalu,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI