fbpx

Bekas pengerusi Mara didakwa 22 pertuduhan rasuah, ubah wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengerusi Mara Incorporated Sdn. Bhd. (Mara Inc) Datuk Mohammad Lan Allani (berkot kelabu kanan) yang dikaitkan dengan skandal hartanah blok penginapan pelajar di Australia didakwa atas 22 pertuduhan rasuah dan pengubahan haram tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas pengerusi Mara Incorporated Sdn. Bhd. (Mara Inc) Datuk Mohammad Lan Allani yang dikaitkan dengan skandal hartanah blok penginapan pelajar di Australia didakwa atas 22 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM20.45 juta sembilan tahun lalu.

Mohammad Lan, 65, bagaimanpun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Di hadapan Hakim Azura Alwi,  mengikut pertuduhan pertama hingga ke-14 Mohammad Lan didakwa menerima suapan sebanyak RM7.45 juta daripada Mazrul Haizad Marof yang merupakan Pengarah Syarikat Optimus Capital Sdn. Bhd. melalui cek Jurubank Malayan Banking Berhad yang dibayar ke akaun CIMB Investment Bank Berhad di mana dia mempunyai kepentingan.

Suapan itu sebagai upah telah membantu meluluskan kertas cadangan bertajuk ‘Proposed Acquisition of a Student Accomodation Building dan Commercial Building Retail Block Known as Dudley International House, 7-13  Dudley Street Caulified East, Victoria 3145, Melbourne, Australia.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Mont Kiara, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara di sini antara dilakukan 27 Mac hingga 26 Julai 2013

Sementara bagi pertuduhan ke 15 hingga 17, tertuduh didakwa sebagai seorang ejen iaitu Pengerusi MARA Incorporated Sdn Bhd, telah secara rasuah cuba untuk memperoleh $AUD1 juta (Australia Dolar) dan memperoleh RM3 juta daripada Datuk Ding Pei Chai yang merupakan pemilik syarikat-syarikat Marinn Property Pte. Ltd. dan Carlton Garden Pte. Ltd, untuk dirinya sendiri.

Ia sebagai dorongan untuk mempercepatkan pembayaran baki pertama sebanyak 10 peratus dan baki kedua sebanyak 30 peratus daripada jumlah nilai pembelian saham syarikat Marinn Property Pte. Ltd. dan syarikat Carlton Garden Pte. Ltd. antara Pei Chai dan MARA Incorporated Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa tempat berbeza Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) dan sebuah rumah di Bukit Bandaraya, antara Mei hingga Jun 2013.

Dalam pada itu, bagi pertuduhan ke-18 hingga 20 Mohammad Lan didakwa sebagai jawatan sama didakwa secara rasuah bersetuju dan menerima suapan bagi dirinya wang berjumlah RM10 juta daripada Mazrul Haizad sebagai upah membantu meluluskan kertas cadangan bertajuk ‘Proposed Acquicition Of A Commercial Building Comprises 281 Units Of Student Accommodation Known As 746, Swanston, Street, Carlton, Vic, 3053 Australia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris Mont Kiara dan Maybank cawangan Mont Kiara di sini pada antara September hingga 4 Disember 2012.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-20 pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 16(a)(A) dan 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 (akta 694) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Di hadapan Hakim Rozina Ayob bagi pertuduhan 21 hingga 22, tertuduh didakwa telah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah keseluruhan RM10 juta daripada akaun CIMB Private Banking Portfolio miliknya ke dalam akaun semasa dan akaun simpanan tetap CIMB Bank Berhad yang juga milik tertuduh.

Kesalahan itu didakwa di CIMB Bank Jalan Sagunting, Central Building, Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Disember 2012 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan selain membenarkan ikat jamin dibayar secara ansuran yang mana RM200,000 diselesaikan pada hari ini dan bakinya perlu dibayar sebelum 16 Februari.

Tarikh 8 April ditetapkan sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI