fbpx

747 ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 747 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 723 dikompaun manakala 24 individu direman.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,548 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (159), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (113), tiada penjarakan fizikal (140), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (156), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (50), keluar rumah tanpa alasan munasabah (41) dan lain-lain (88),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Ops Benteng semalam turut menangkap tiga orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot atau kapal serta lima buah kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 142 bot atau kapal di perairan negara serta dua kenderaan darat melalui tujuh aktiviti penglihatan.

“Ops Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 607 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam,” jelasnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, seramai 8,024 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 230 orang disahkan positif Covid-19.

“Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 296,903 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 12,681 majikan.

“Daripada jumlah ini seramai 5,729 orang telah disahkan positif Covid-19 manakala 291,174 lagi adalah negatif,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI