fbpx

Wanita terkejut lihat pisang gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pisang gergasi tersebut dikatakan mempunyai isi lebih tebal dan sedap berbanding pisang biasa. – The Sun

LONDON – Seorang wanita di Somerset, England terkejut apabila menemui sebiji pisang gergasi dengan panjang menyamai lengannya ketika mengemas barangan dapur yang dibeli ibunya baru-baru ini.

Sam Palmer, 31, berkata, ibunya yang keluar membeli barangan dapur tidak menyedari saiz pisang itu sehinggalah ia dikeluarkan daripada plastik, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurut Palmer, pisang tersebut yang dibeli di pasar raya tempatan, Morrisons, dianggarkan berukuran 30 sentimeter.

“Ini pisang paling besar pernah saya temui. Saiznya adalah tiga kali ganda daripada pisang biasa saya beli atau pernah lihat.

“Rasanya juga lebih sedap. Pisang terbaik yang pernah saya makan,” katanya.

Tambah Palmer, isi pisang gergasi itu sedikit tebal berbanding pisang biasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI