fbpx

Lil Uzi Vert implan berlian di dahi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Instagram yang menunjukkan berlian tersebut di dahi Lil Uzi. - METRO UK

LONDON – Penyanyi rap Amerika Syarikat, Lil Uzi Vert, 26, mengimplan cincin berlian yang bernilai AS$24 juta (RM97 juta) di dahinya baru-baru ini, lapor akhbar Metro UK.

Rancangan untuk melakukan implan tersebut didedahkan kepada pengikutnya pada bulan lalu.

“Batu ini memakan kos yang besar dan saya telah membayarnya sejak 2017 lagi. Ia merupakan kali pertama saya melihat berlian asli.

“Banyak M (wang) di wajah saya,” katanya bagi menggambarkan implan berlian tersebut di dahinya di laman Instagram.

Lil Uzi atau nama sebenarnya Symere Bisil Woods dikatakan membeli berlian yang dianggarkan bersaiz antara 10 hingga 11 karat itu daripada tukang emas selebriti, Eliott Eliante.

Ujarnya, berlian itu bernilai melebihi kesemua kereta dan rumah yang dimilikinya.

Walaupun ada pengikut penyanyi lagu Money Longer itu mempertahankan tindakannya mengimplan berlian di dahi, ada juga yang mengkritik perbuatannya tersebut.

“Ini bukanlah ‘menjadi berbeza’ tetapi berlebih-lebihan dan tidak perlu,” kata salah seorang pengikutnya.

Seorang lagi berkata, terdapat berjuta orang yang kelaparan dan dipaksa keluar rumah namun penyanyi itu memilih mengimplan berlian bernilai RM97 juta di wajahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI