fbpx

Terengganu umum bantuan khas penggiat pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu bot penambang Seberang Takir antara penerima bantuan khas Insentif Pandemik Covid-19 yang diumumkan kerajaan negeri Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan bantuan khas berjumlah keseluruhan RM132,200 kepada penggiat sektor pelancongan tempatan yang kini terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak 13 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pemberian Insentif Pandemik Covid-19 berkenaan meliputi enam golongan yang terlibat dalam sektor pelancongan.

Beliau berkata, golongan yang menerima bantuan khas wang tunai antara RM250 hingga RM400 setiap seorang itu ialah penarik beca, pengusaha bot penambang, pemandu teksi lapangan terbang, pemandu pelancong, pekerja rumah bot Tasik Kenyir dan malim gunung.

“Seramai 50 penarik beca dan 18 pengusaha bot penambang Seberang Takir masing-masing akan menerima bantuan wang tunai sekali bayar berjumlah RM400.

“Empat kategori lain pula iaitu 44 orang pemandu teksi lapangan terbang, pemandu pelancong (99), pekerja rumah bot (244) dan malim gunung (33) pula masing-masing bakal menerima RM250,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ariffin berkata, bantuan khas sekali bayar itu akan dilunaskan menerusi akaun bank setiap penerima itu mulai minggu depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI