fbpx

Lebih 100 NGO minta ordinan darurat disemak semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maimunah (kanan) menunjukkan salinan memorandum rakyat Malaysia 3.0 selepas menyerahkan kepada Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

SHAH ALAM – Majlis Raja-Raja disarankan menyemak semula pelaksanaan ordinan darurat yang telah memberikan kesan secara tidak langsung kepada rakyat dan pentadbiran negara.

Timbalan Ketua Kordinator Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia, Dr. Maimunah Sargent berkata, ordinan itu tidak sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan yang didakwa mempunyai majoriti yang tipis.

Katanya, perkara itu sepatutnya dibentangkan di Parlimen dahulu dalam mendapat persetujuan ahli-ahli parlimen.

“Ordinan darurat itu menyebabkan parlimen terpaksa digantung yang merupakan satu tempat kepada rakyat untuk menyalurkan keresahan mereka menerusi ahli parlimen.

“Justeru, mandat (suara) rakyat seolah-olah tidak dipedulikan atau diketepikan,” katanya ketika ditemui di luar pintu Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Terdahulu beliau mewakili lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum rakyat Malaysia 3.0 kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI