fbpx

Isa Samad diijel 6 tahun, denda RM15.45 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISA Samad

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd. (FICSB) tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan tertuduh dipenjara lagi selama 18 tahun sekiranya gagal membayar jumlah denda itu.

Bagaimanapun mahkamah menangguhkan kedua-dua hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan syarat jumlah jaminan dinaikkan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta iaitu tertuduh perlu membayar RM700,000 lagi sebelum pukul 2 petang esok.

Mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap satu haribulan setiap bulan sehingga tamat rayuan.

Pada 16 Jun lalu, Mohd. Isa diperintah membela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah setelah pendakwaan berjaya membuktikan setiap unsur penting kesalahan menerima rasuah di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI