fbpx

Kawalan eskport vaksin tidak jejas program vaksinasi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 dijangka akan berjalan seperti yang dijadualkan meskipun Kesatuan Eropah (EU) mengenakan kawalan eksport vaksin Covid-19 ke atas vaksin yang dikilangkan di blok itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, itu jaminan yang diberikan oleh EU dan Kedutaan Belgium ke atas perolehan bekalan vaksin Pfizer yang dikilangkan di Puurs, Belgium.

“Kedua-dua pihak EU dan Kedutaan Belgium dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung jaminan bekalan vaksin ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin hari ini mengadakan perbincangan dengan Duta Besar EU ke Malaysia, HE Michalis Rokas dan Duta Besar Belgium ke Malaysia, Pascal H. Gregoire bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai status penghantaran vaksin ke Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, Duta Besar Belgium ke Malaysia telah memberi jaminan bahawa Perjanjian Pembelian Pendahuluan dengan Pfizer akan dipenuhi semasa syarikat terbabit memohon kebenaran eksport.

Katanya, penghantaran pertama membabitkan kira-kira 1 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat Pfizer juga akan dibuat mengikut jadual iaitu seawal bulan ini.

“Kerajaan Malaysia telah meminta Pfizer untuk kelulusan eksport segera dari Kerajaan Belgium.

“Sebagai rekod, penghantaran pertama kira-kira 1 juta dos vaksin Pfizer itu akan digunakan dalam fasa pertama vaksinasi melibatkan petugas barisan hadapan dan akan disampaikan secara berperingkat dalam tempoh suku pertama tahun ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI