fbpx
Gambar hiasan

Jumlah denda, kompaun baharu langgar SOP dibincangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kajian berkenaan jumlah denda dan kompaun baharu bagi individu yang melanggar presidur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh peguam negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian tersebut sedang dijalankan oleh pihak peguam negara susulan kedegilan rakyat yang tidak patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

“Ketika ini pihak peguam negara sedang buat kajian dan draf terakhir mengenai jumlah denda dan kompaun terhadap kesalahan individu yang melanggar SOP.

“Setiap hari ada sahaja individu yang melanggar SOP, pengumuman akan dilakukan sedikit masa lagi. Pengumuman tersebut akan dibuat oleh saya atau Menteri Kanan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan,” jelasnya pada sidang akhbar khas sebentar tadi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN