fbpx

Dua lagi portal milik kerajaan digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara portal laman web kerajaan yang digodam.

PETALING JAYA – Dua portal milik kerajaan iaitu, milik Kementerian Kesihatan (KKM) dan portal kerajaan Johor, digodam oleh penggodam laman sesawang bergelar Anonymous Malaysia.

Selain daripada dua portal itu, empat lagi portal pendidikan digodam oleh mereka iaitu, Politeknik Melaka, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Idris Shah dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam satu hantaran di muat naik di Facebook Anonymous Malaysia berkata, Anonymous memberi mereka masa untuk mengemas kini sistem sebelum digodam sekali lagi.

“Untuk membuat skrip dan pentester profesional, jika anda cukup mahir, hidupkan alat recon dan fuzzer domain anda untuk mencari pengganti.

“Untuk Sysadmin, tolong kemas sistem anda sebelum dicop lagi. Dark Army memberi anda 24 jam sebelum diserang sekali lagi,” jelas kenyataan status yang dimuat naik di Facebook milik Anonymous Malaysia itu di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI