fbpx

Cara Wendy Red Velvet urus kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WENDY

BERGELAR penyanyi idola membuatkan sesiapa sahaja mampu menjana pendapatan luar biasa, sekali gus memiliki banyak aset untuk jaminan masa depan.

Kerap kali laporan mendedahkan nama-nama terkenal K-pop melabur dalam bidang hartanah dengan membeli kediaman ataupun bangunan mewah.

Pada usia 27 tahun, Wendy mengakui dia belum berminat untuk mengambil tahu tentang perkara berkenaan.

Penyanyi kumpulan Red Velvet itu berkata, sehingga kini urusan membabitkan kewangan diserahkan sepenuhnya kepada ibu dan bapanya.

“Saya serahkan segalanya kepada mereka untuk menguruskan. Saya percayakan mereka.

“Saya mahu belajar dan lakukan banyak perkara sekarang tetapi saya bimbang kalau tersilap langkah. Bahaya ada di mana-mana,” katanya.

Perkara tersebut menuai pujian peminat kerana Wendy bertuah memiliki orang tua yang boleh dipercayai sementelah sebelum ini banyak laporan mendedahkan ibu bapa kepada artis bersikap gelap mata dengan kemewahan anak mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI