fbpx

Bicara 5 lelaki cemar Sungai Gong Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Kosmo! ketika kelima-lima tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang September tahun lalu.

SELAYANG – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan perbicaraan enam hari bermula Jun bagi kes lima lelaki termasuk empat beradik yang didakwa atas pertuduhan melakukan pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang, tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid selepas prosiding kes di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.

Siti Rohaida berkata, tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan itu adalah pada 2, 3, 9, 10, 17 dan 22 Jun.

Lima tertuduh itu ialah empat pengarah sebuah syarikat yang juga adik-beradik Yip Kok Wai, 52; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Weng, 60, serta seorang pengurus syarikat yang sama, Ho Voon Leong, 59.

Dalam prosiding itu kelima-lima tertuduh diwakili Datuk M Reza Hassan.

Mengikut pertuduhan pertama, kelima-lima tertuduh didakwa dengan niat bersama telah melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari Bengkel Yip Chee Seng&Sons Sdn. Bhd. dilupuskan ke dalam alur air.

Ia kemudian mengalir ke dalam Sungai Gong, Rawang dengan mengetahui bahawa ia mungkin akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama telah melepaskan bahan buangan sama dari bengkel sama tanpa lesen yang didakwa mengikut Seksyen 25(1) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI