fbpx

Wanita cedera kereta dipandu terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Saga dipandu mangsa yang terbalik selepas melanggar palang besi dan penghadang di sebuah pasar raya di Station 18, Ipoh petang semalam.

IPOH – Seorang wanita berhadapan detik-detik cemas apabila kereta dipandunya terbalik selepas melanggar palang besi dan penghadang di kawasan parkir sebuah pasar raya di Station 18 di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, wanita berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan bahu kiri selepas keretanya terbalik.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan dipercayai tertekan pedal minyak ketika mahu keluar dari kawasan parkir pasar raya berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan kereta jenis Proton Saga dipandunya melanggar palang besi sebelum merempuh penghadang tepi lalu terbalik.

“Akibatnya, dia mengalami kecederaan di bahagian tangan dan bahu kiri manakala keretanya rosak teruk di bahagian sebelah kiri, bumbung dan cermin sisi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

A. Asmadi berkata, pihaknya menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa kereta tersebut terjatuh dari kawasan parkir di atas bangunan pasar raya berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI