fbpx

Rashid Sidek, Cheah Soon Kit dapat gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHID (kiri) dan Soon Kit (kanan) menerima gelaran Datuk.

PETALING JAYA – Bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit antara penerima pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Selain mereka, pendaki Everest negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin serta penggiat seni tanah air, Nora Ariffin, Yusry Abdul Halim (KRU) dan Habsah Hasan turut menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah dikurniakan oleh Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada mereka bagi mengiktiraf sumbangan ahli sukan serta penggiat seni dan budaya tanah air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI